Assalamualaikum sume..
ish3 lame nye xudpate blog nih..malas pun ade no idea pun ye gak..buzy pun ye gak..yg penting tido lebih baik la...hahaha..xder cite yg menarik cuma tgh menghitung hari nak sambut bulan ramadhan..xsabar rasa nyer nih..pastu balik raya..hoye2..dalam kepala nih mcm2 plan dah ade tuk bulan pose nih..yg penting nak masak sodap2 tuk hubby ku..pasti membulat dia nanti..hikhik..ok dah stop sini sebab tajuk pun no idea..haha
jumpa lagi nanti..tata
background
Monday, 2 July 2012
Sunday, 20 May 2012
RUMAH TERBALIK TAMPARULI SABAH
haliuuu sume..lama nya xupdate blog..baru balik dari holidayzz..cooti2 sabah bah..hari last nak balik irizz singgah la kt tempat nih di tamparuli..rumah terbalik selalu dgr org dok cite2 pasal rumah terbalik ni..so nak tgk sendiri pergi la melawat..sampai2 jer..nmpk la umah tuh terbalik..kete pun terbalik..hikhik..excited nak masuk dalam tgk lagi..tiket caj utk dewasa rm10..kanak2 rm5..masa nak masuk dlm tu ade la tour guide dia bg penerangan..yg xbeshh xboleh amik gambar dlm umah tuh..spoil betul..kalau amik kena denda rm100 n pic kena delete..masa nak masuk dalam kena ketuk gong kt depan umah tuh..dia pun start la cerita..rumah ni ada 3 ahli keluarga berbangsa dusun terdiri dari bapak,ibu dan anak nya yg sgt nakal amat..gara2 kenakalan nya itulah yg rumah dia org terbalik..(irizz pusing belakang n gelak...hikhik)..jht kan..masa nak masuk dlm kena ketuk pintu and bagi salam..dia ckp lps bagi salam pintu automatik akan terbuka..sekali dah bg salam ade org tlg bukak kan..sekali lg irizz gelak..haha..sesi jln2 kt dlm tuh ok la sume brg terbalik..yg kelakar toilet pun terbalik...wakakaka...dah habis nak keluar jer dia tanya soalan sume apa yg kurang di rumah ini..tp sume xlayan dia sebab asik bersembang...hihihi..last2 dia jwb sndiri "langsir"sbb ibu nya tgh jahit tp xsempat siap rumah terbalik...gelak lagi...wakakaka...dongeng nyer citer..nih la gambar rumah terbalik tu..apa2 pun irizz enjoy cooti2 nih dgn family..:)
Friday, 11 May 2012
'THANK YOU CIKGU' GIVEAWAY BY MALA NASOHAH
Assalamualaikum dan salam jumaat buat kengkawan semua..hari ni irizz nak join GA dari mala nasohah..
hmm kawan2 semua siapa2 yg nak join boleh la klik "HEADER"kat atas tu..kalau rezeki kite dapat la hadiah nanti kan..berkat hari jumaat..:)
ok sambung lagi sempena hari guru yg bakal hadir setiap bulan mei nih..irizz nak ambil kesempatan mengucap kan "SELAMAT HARI GURU " buat cikgu2 irizz yg pernah mengajar irizz suatu ketika dulu di SEK.MEN KEB SYED ALWI KAYANG..(SMKSA)..jasa mu tetap ku kenang sampai bila2
irizz nak tagged
Thursday, 10 May 2012
SURPRISE..
Hmmm semalam 7/5/2012 tetiba dapat surprise dr en.hubby..Xpernah2 dia buat surprise kat irizz..nih la 1st time kunun..hikhik..nak tau dapat ape xade la mahal tapi hargai sangat2..hadiah tuh ialah "RANTAI MUTIARA"..tq en hubby..speechless sbenar nya...hehehe..sampai xtahu apa nak tulis lagi..ala nanti irizz upload pic ek kt sini..tungguuuuu!!!1
NI LA RANTAI MUTIARA TU..CANTEK X?HIKHIK |
Saturday, 5 May 2012
NAK CANTIK SELALU..:)
Haah nih irizz nak cite pasal produk muka..hmm irizz punya skin nih memang la tersangat sensitif..masalah jerawat pastu muka jadi berlubang sikit dengan oily nyer dkt zon T tu tambah lagi ade lak sinus..sejak dari sekolah lagi..dah mcm2 produk sental kat muka nih dari yg mahai sampai la yg murah..dulu masa mula2 kerja try la pakai olynn habis la jugak dkt rm300 lebih pastu buat facial lagi..wahhh sebulan pakai cun seyhh..pas 2bln dah xdaya nak pakai sebab produk nih beli satu2 mahai bebenor..dah stop mula muka naik penuh jerawat balik dengan hitam balik mcm trbakar panas..hadoii..dah lama tuh pakai lak produk RZ beauty..kejap jer sebab xok..lepas tuh pakai NV yg trial set pun xok jerawat lagi dekat dahi..dah putus harapan dgn produk2 nih..so try pulak yg murah2 nih fair n lovely..muka putih tp jerawat xmau hilang..dekat sethn jugak la pakai nih..lantak la..last year jumpa member sek dia jual produk azie..beli lagi sebab naK cantik u olss..melayang gak la 2rat..sempat la pakai 2set sbb tgk ada toner yg tajam tuh takut muka jadi nipis melampau..hohoho..xmau2..tahun lepas bulan 9 pindah ke sabah kat sini sejuk je udara..yg best muka cerah al maklum la muka i olss nih putih dodol u olss...hikhik..tp cik jerawat nih adusss asik naik jer last2 google terjumpa 1 produk nih SF beauty skin care..beli la trial set dulu cuba..3minggu pas tu hubby tegur muka dah cerah..skype dgn adik ipar dia ckp"akak muka dah nampak putih"...wahhhh excited nyer yg paling best cik jerawat dah hilang...wawawa..i loikkee..paa lagi terus jer continue dgn produk ni yg best sebab xde toner yg menipis kan kulit tu..sekarang dah 4set irizz pakai..yeahhh berjaya sudah ku temui produk yg sesuai dgn kulit muka..siap bagi mak n mak sedara lagi pakai dia org pun suka n kulit jd cantek..ni tempek gambar SF kat kengkawan sume..:)
sambung lagi pasal nak cantek..dah pakai SF muka pun dah putih yg penting jerawat dah xde..so terpiki nak hilang kan lubang2 jerawat kat muka pulak..last2 tengok member sekolah pakai muka dia jd flawless n gebuss je pada hal muka dia setarap irizz jugak..ape lagi jenis xboleh tgk terus order 1botol..sekarang nih tengah pakai selang seli dgn SF..yg paling best time bgn pagi muka jadi lembut sangat..nama vitamin E tuh norefal..insyaAllah irizz akan terus pakai dua2 produk ni..so sape2 nak cuba vit E nih sila2 lah..:)
sambung lagi pasal nak cantek..dah pakai SF muka pun dah putih yg penting jerawat dah xde..so terpiki nak hilang kan lubang2 jerawat kat muka pulak..last2 tengok member sekolah pakai muka dia jd flawless n gebuss je pada hal muka dia setarap irizz jugak..ape lagi jenis xboleh tgk terus order 1botol..sekarang nih tengah pakai selang seli dgn SF..yg paling best time bgn pagi muka jadi lembut sangat..nama vitamin E tuh norefal..insyaAllah irizz akan terus pakai dua2 produk ni..so sape2 nak cuba vit E nih sila2 lah..:)
VITAMIN E NOREFAL |
1BOTOL 100CAPSULE |
Friday, 4 May 2012
OH MY CAT..:)
Irizz suka kucing dari kecik sampai la skrg nih..dapat pulak suami pun suka kucing..family pun suka kucing..memang semua la suka kucing nih..sekarang ada 2ekor je yg tinggal bear and boolat..dua2 nih kucing kesayangan ayah saya..yg si bear nih kuat makan n tido jer keje dia..lepas mkn mesti cari port baik punyer nak tido..dah tu tido sampai terkankang2 lak..ptg baru bangun..bear oh bear..boolat lak suka pergi jln2 cari kawan..lepas mkn hilang..balik pun kalau dah lapar..asal boolat nih meh nak cite sikit..tahun lepas masa bulan puasa waktu tu pagi dlm pukul 9 hujan renyai2..kami tgh buzy nak buat kuih raya sekali ayah saya panggil mak suruh ubah anak kucing dok dekat parking kete..pergi tgk sekali anak kucing kecik lg..ambik jer dia letak kt tepi..xsampai 5min dia dtg dekat kaki irizz dok gesel2 sgt manja..ayah suruh pergi buang..dah pergi letak kat blkg rumah sekali dia dtg balik..sampai trtido atas kaki..last2 irizz n suami mandi kan kucing nih n letak dlm sangkar..bg mkn sekali..dah kami pun balik ke ipoh n sabah mak bagi tau ayah bela cat tu sampai la besar skrg..hmm dah jd kesayangan ayah lagi..boolat oh boolat
BEAR |
BOOLAT |
PETUA MELAYU LAMA..:)
Petua Menghilangkan
& Melegakan Senggugut
Pilihan 1: Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minum lah air campuran tersebut.
Pilihan 2: Amalkan minum air sejuk terlebih dahulu setiap pagi sejurus selepas anda bangun dari tidur.
Pilihan 3: Rebuskan setengah ounce kunyit yang telah dipotong-potong bersama sedikit gula merah dan asam gelugur. Biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan ini dua kali sehari setiap hari sebelum datang haid.
Pilihan 4: Jika bau hanyir ketika haid menganggu anda, anda boleh mengambil sepotong kunyit jantan. Tumbuk lumat dan campurkan sedikit air kemudian di perah sehingga dapat kira-kira satu gelas kecil. Campurkan dengan air asam jawa dan gula merah. Amalkan meminumnya setiap malam selama seminggu sebelum datang haid.
Pilihan 5: Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
Pilihan 6: Ambil kulit kayu manis kira-kira setahil (37.8 gram), lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam 3 hari sebelum haid.
Pilihan 7: Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 8: Tumbuk secekak daun cili padi, 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama tiga hari.
Pilihan 9: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
Pilihan 10: Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa 3 hari.
Pilihan 11 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Pilihan 12 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Pilihan 13: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Pilihan 14: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 15: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Pilihan 16: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Pilihan 17: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.
Pilihan 18: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam). Senggugut akan hilang.
Pilihan19: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 20: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 21: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Pilihan 22: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
Pilihan 23 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
Pilihan 24: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
Pilihan 25 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
Bagaimana Senggugut Berlaku?
1. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
2. Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.
3. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
4. Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja 2 atau 3 hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
Petua Wanita Untuk
Merawat Keputiihan
1. Daun Jeruju Hitam - Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan tiga gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.
2. Rizom Keladi Gajah - Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.
3. Daun Baru Cina - Ambil kira-kira 30g daun baru cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.
4. Tapak Leman - Ambil dalam 20g daun dan akar Tapak leman dan dipotong kecil. Sertakan juga 10g daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gm daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum dua kali sehari sebelum datang haid.
5. Senduduk - Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.
6. Beluntas - Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.
7. Beras - Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.
8. Sirih - Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.
9. Delima - Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.
10. Sentul - Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
11. Turi - Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan ditapis untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari.
Satu cara lagi ialah dengan mengambil 120g daun turi, 120g daun sirih, 50g daun ketumbel dan 150g daun jambut batu, hancurkan dan direbus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendamlah untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.
12. Balung Ayam Ungu - Ambil kira-kira 60g bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan tiga gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.
13. Balung Ayam Lebar - Ambil 15g balung ayam lebar yang kering, 15g daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan dua kali sehari seeblum makan.
14. Bunga Butang - Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
15. Bunga Matahari - Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
16. Siantan/Jarum-jarum - Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.
17. Cempaka Telur - Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
18. Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada dimakan mentah atau dicelur, daun yang tua direbus, sejukan dan dibuat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Ia mengurangkan keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.
Penjagaan Keputihan Wanita
Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid. Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau.
Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka. Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.
Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan. Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.
Faktor-faktor Yang Menyebabkan Keputihan Wanita
Tidak Normal:
1. Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
2. Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
3. Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
5. Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk
Lain-lain Penyebab
Keputihan Wanita:
a. Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
b. Ubat seperti antibiotik yang mengandungi estrogen
c. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/ tidak sengaja ada di dalam vagina.
Amalan Perlu:
1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.
2. Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang berfungsi untuk melindungi terhadap kuman dari luar.
3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.
4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil.
5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.
Petua Melayu Lama Untuk
Memudahkan Bersalin
1. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempuh kehamilan.
2. Hampir bersalin, amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
3. Amalkan minum air lebihan suami.
4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempuh kehamilan. Ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi, selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi.
6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
7. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
8. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
9. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
Petua Mengatasi Puting Datar
atau Tenggelam
Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya. Jika tidak dirawat, lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan akhirnya tidak mahu menyusu.
Ada beberapa untuk merangsang puting keluar:
Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
Urutan - Selain itu, anda boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama 2 minit. Pada masa yang sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan anda tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
Pam Payudara - Anda juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan sahaja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
Breast Shell - Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.
Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan
regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Nipple Shield - Cara ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan “nipple shield” sebagai pengganti puting anda yang tenggelam. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.
Petua Untuk Mengecutkan Rahim
Selepas Bersalin
Pilihan 1: Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur, lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. Rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Pilihan 2: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Pilihan 3: Selepas bersalin anda dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah. Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.
Petua Merawat Penyakit Thyroid
1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.
2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.
3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk
mengatasi masalah kehilangan berat badan.
4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.
5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
Anda Selalu Berasa Letih
dan Kurang Bertenaga?
1. Anda mungkin memerlukan lebih vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan.
2. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda
kekurangan vitamin B12?
Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.
Masalah Haid Tidak Teratur
Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat di kalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat badan ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi.
Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)